Utama

Latar belakang

Objektif

Tema dan subtema

Yuran

Jadual

Tarikh penting

Format penulisan

Penginapan

Maklumat dan peta

Muat turun

Hubungi kami

 

 

LATAR BELAKANG

Kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia adalah suatu yang perlu dipupuk dan dilestarikan terutamanya di kalangan para ilmuan yang arif tentang perkembangan isu semasa kedua-dua buah negara.  Pengetahuan dan kepekaan yang wujud adalah hasil penelitian dan analisis secara berterusan melalui penyelidikan empirikal, perbincangan serta wacana intelektual di kalangan para akademik. Seminar SEBUMI merupakan landasan bagi ahli-ahli akademik dari UKM dan UI juga universiti lain serta pihak-pihak berkepentingan untuk sama-sama  membincangkan tentang isu-isu kepentingan bersama dan mencari alternatif  serta memberi saranan ke arah penyelesaian masalah secara bersepadu.  Isu-isu yang merentasi sempadan  dan mencakupi ruanglingkup sejagat cukup sesuai untuk dibincangkan melalui satu landasan yang disertai oleh pelbagai lapisan ilmuan dan pakar dari pelbagai disiplin.  Sesungguhnya, SEBUMI memberi peluang ke arah  penjanaan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini dalam pelbagai bidang ilmu falsafah dan teori budaya dan bahasa, agama, komunikasi, hubungan antarabangsa, gender, psikologi, etika, persekitaran, pembangunan insan dan seumpamanya bagi  membentuk kerjasama dua hala, yang seterusnya merangsang pertumbuhan dan kegemilangan serumpun dalam kelestarian penyelidikan dan pertumbuhan akademik.  Perhubungan yang terjalin ini seterusnya akan menjadi katalis ke arah terciptanya hala tuju sepunya dan kedamaian serumpun.